Monday 27 October 2014

ROTI SARANG LEBAH




ROTI SARANG LEBAH 


Roti nie tiba2 jer meletup kat fb.. hampir tiap hari ade je post ttg roti nie .. 


Jom layan resepi nie .. blh ler buat roti sendiri kat rumah.. gebu dan tasty sangat ..







Sumbet rakan fb...


Bahan Doh.

2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam 
+-**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.   


INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.

5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
 6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 
8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
  11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.


NOTE:- 1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2
.2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton
.4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.



BUTTERSCOTCH SAUCE

1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.


NOTE:- Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. 
Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau 


Selamat mencuba ................

Wednesday 22 October 2014

KEK BATIK MARIE ..






Kek batik biskut marie


•200gm milo
•250gm butter
•3sudu makan serbuk koko
•1tin kecil susu pekat manis
•Biskut marie

Cara-cara membuat :

1.Alaskan Loyang dengan plastik, biarkan plastic melebihi Loyang, jadi dengam mudahnya kek senang dikeluarkan apabila kek dah sejuk
2.Cairkan butter alam dengan menggunakan api yang agak kecil
3.Setelah cair, masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul hingga sebati dan masukkan juga serbuk koko
4.Gaul hingga halus dan tak berketul lagi
5.Setelah pekat, susun biskut marie dalam Loyang kemudian curahkan sebahagian adunan tadi dan ratakan, lapis lagi biskut marie, curahkan adunan dan ratakan
6.Seterusnya … ulang hingga habis adunan dan sejukkan dalam peti ais

Tuesday 7 October 2014

KEK KUKUS PRUNE


Assalamualaikum...selamat pagi .. dah lebih seminggu x sempat nak update blog nie.. sibuk dgn tempahan  utk Aidil Adha .

 Alhamdullilah bertambah2  rezeki utk tahun nie ..beberapa malam tidur lewat hingga 3 pagi ..malam raya tu dah raya mcm nak selesema dan mula batuk .. mmm jadi nyer raya pun rehat je ler...

Hari nie kena mula blk utk tempahan kek birthday dan muffin ..nak collect kul 0800 pg lak so.. jwb nyer mlm nie sengkang mata lak .. apapun syukur utk rezeki nie ... 


Jom jenguk resepi nie.. dah lama teringin nak buat kek kukus buah2an tapi yg nie guna prune jer ..  mesti moist + sedap .. .Kek kukus nie yg leceh sikit adalah tempoh mengukus yg lama ..tapi hasil nyer ..pasti puas hati .


Jom layan ....







Kek Kukus Buah Prune / Prune Steamed Cake


Bahan-Bahan

250gm mentega
360gm tepung gandum
3 biji telur Grade A
170gm gula kaster
1 biji buah pala
120gm gula kasar (dijadikan gula hangus)
250gm buah prune di gunting kecil
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh cream of tartar


Loyang 8"

Cara-cara :


1. Ketuk sedikit buah pala, sangai hingga naik bau, kemudian tumbuk hingga halus.
2. Satukan buah prune, tepung gandum, serbuk buah pala, soda bikarbonat dan cream of tartar, gaul rata. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula kaster hingga kembang dan gebu, masukkan telur satu persatu, pukul hingga berkrim.
4. Kaup balik dengan tepung sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.
5. Masak gula hingga perang, tutup api, kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, kacau hingga rata. Tuang ke dalam adunan kek dan gaul dengan cepat hingga sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang, tutup dengan aluminum foil dan ikat kelilingnya dengan tali,
7. Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 3 jam.



#sysukaprune
#pastisedap