Thursday 28 August 2014

MICKEY ..BIRTHDAY CAKE





Ilmu yg baru belajar kena cepat2 pratice ..kot2 lupa lak.. dah buat last weekend tapi x leh update blog nie ..coz phone jatuh + skrin pecah ..so kena tunggu le.. 

Sangat mengujakan .. sbb dah lama teringin nak buat kek cam gini ..sbb tu ler sanggup sampai ke Shah Alam berguru ..Tq  sifu ..


Tempahan utk birthday .......24 Aug 2014

Kek butter pandan .......ilham dr dapur Azlita Masam Manis 

Tema ............Mickey Mouse 







Tq ...

Saturday 23 August 2014

ROSE GARDEN ..CUPCAKE..



Late entry ...Tempahan utk makan2 ngan family dari my dearest friend .. anak2 nye suka mkn cupcake .. cupcake perisa pandan ...bukan pilihan biasa .. selalunya chocolate moist , vanilla atau red velvet . Terfikir nak buat deco bunga2 ..jadi nie ler hasil nye..



Cupcake - Pandan .......................16 pcs

Deco    ...............buttercream 













Safely delivered ..... 19/8/2014..tq Vasugi 

kualiti gambar yg x begitu baik ..late entry .. hp jatuh..rosak ..huhu 


Wednesday 13 August 2014

ASAM PEDAS PARI ..




Salam .. awal pagi gini ..masa yg plg sesuai nak update blog ni .. x ade gangguan ..sok pun x kerja ..walaupun kena bgn awal utk hantar anak ke sekolah ..


Terfikir lak yer ..apa menu  nak masak besok ..maklum kena rancang masa .. lps hantar anak sekolah leh terus g pasar .. cari ikan yg segar sikit ..Apa yer yg blm mkn lepas raya nie... Hah! tu dia jumpa resepi Asam pedas Pari .. so nie ler ..menu utk esok .. 


Jom kita kongsi  ...








Resepi Asam Pedas Ikan Pari 


Bahan-bahan


- 500gram ikan pari (dibersihkan)
- 10 biji bendi
- 1 biji tomato (dipotong 4)
- 1/2 cawan air asam jawa
- 5 tangkai daun kesum
- 3 cawan air
- 3 sudu makan minyak masak
- garam secukup rasa

Bahan kisar :



- 20 tangkai cili kering
- 1 labu bawang besar
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu teh serbuk kunyit

Cara:



1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi
2. Masukkan air asam jawa dan air.Renehkan sehingga mendidih
3.Masukkan ikan,garam,daun kesum,dan bendi,kemudian biarkan sehingga mendidih lagi.
4.Masukkan tomato perlahankan api,biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.
5.Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin



Selamat mencuba ...


BUMBLE BEES LAGI ..


Tempahan bumble bees lagi .. ade yg berminat lak tengok bees yg comei tu .. so nie ler hasil nyer ..



Chocolate Moist Cupcake ............16 pcs

Deco  .... Buttercream + Fondant 

Ordered by .... Nor Laila utk birthday anak bujang nye ..Badrul ...08/08/2014



Smiley bees ..happy dpt bertengek kat sunflower tu ..







Tq Nor Laila utk tempahan nie... Happy Birthday Badrul ..


Monday 11 August 2014

DIET OH DIET ..



Terbaca artikel nie kat Fb .. menarik ..sbb selps raya nie ..byk lemak2 degil yg bertambah ..mesti nak cuba ..tapi semangat dan kesungguhan kena kuat ..My sis dah pernah cuba diet karbohidrat nie beberapa bulan lepas mmg berkesan ...turun 8 kg utk 1/2 bulan ..awesome kan .. tapi nak maintain yg susahnyer ..

Saya nak kongsikan artikel nie ..kalau ade yg nak mencuba ..kena yakin ..kuat semangat .






ATKINS DIET


" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.


Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
  3. Pre-maintenance
  4. Lifetime Maintenance

Penerangan fasa Atkins = http://bicikut.blogspot.com/2011/09/ada-4-fasa-atkins.html

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.


Dilarang makan Semasa Induction (Permulaan diet): (DOWNLOAD MENU disini)


  1. Nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  2. Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya. tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  3. Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  5. Minuman bergula, milo jus buah-buahan, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  7. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  8. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
  9. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  10. SOS & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
  11. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
  12. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  13. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  14. Sate yang diperap dengan gula @ madu (kat kedai)
  15. Keropok lekor, oat, gula perang, beras perang


Boleh Makan:


  1. Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  2. Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
  3. Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
  4. Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
  9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  10. Rumpai laut.
  11. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  12. Minyak masak, olive oil & sebagainya.
  13. Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
  14. Multivitamin, spirullina, psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)

Syarat-syarat Induction:


  • Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda.  (Penting)
  • Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
  • Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
  • Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
  • Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
  • Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
  • Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, kemungkinan ada gula dalam masakan.
  • Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
  • Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan..)


Contoh sarapan / Breakfast


  1. Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
  2. Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
  3. Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
  4. Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam

  1. Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
  2. Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
  3. Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
  4. Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
  5. Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat


Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)


Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction(20g) selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. 

Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet:


Bahagian Daging:


1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. 


Section Frozen Food / Makanan Dibeku:


1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:

1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.


Bahagian Makanan Ringan:


1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:

1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!


Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:

1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.

Bahagian2 Lain:

1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.


1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.

2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.

3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.
Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.


Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.


Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.

kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kg dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan. berjalan sudah memadai bagi yg tidak mampu bersukan.


Peringatan: Ibu hamil tidak boleh mengamalkan Atkins Diet. ibu mengusukan anak tidak digalakkan buat induction, tetapi masih boleh buat low carb diet(bawah 160g carb)





"IT'S NEVER TOO LATE TO CHANGE YOUR LIFE"


KELAB DIET ATKINS MALAYSIA

BIRTHDAY GOODIES BAGS ..


Tempahan utk goodies bag utk birthday girl ..o7/08/2014


Cupcake Chocolate Moist ..............30 pcs

Deco ... Edible Ana Muslim images + Buttercream 

Paperbag + dollies + printed image + oat bar , cloud 9






















Tq Pn Azian .. Happy Birthday Noor Aliesya Qistiena .. safely delivered ..Greentown Ipoh ..07/08/14 ..



BUMBLE BEES MENYENGAT ...


Tempahan ke-2 lps raya nie .. customer dari KL melalui kawan nyer utk birthday someone ..tak sure lak siapa .. permintaan utk cupcake ngan sunflowers dan bumble bees kat atas .. So nie ler hasil nye ..


Cupcake Chocolate Moist  .... 25 pcs 

Deco  - Buttercream + Fondant utk bees dan abjad 













Happy Birthday utk Jeevan ...from Komala  ..safely delivered to Tmn Seri Dermawan Bercham .. on   04/08/2014 ..




Wednesday 6 August 2014

BIRTHDAY CAKE ...





Banyak le pulak cite basi .. nie kisah malam raya ..tempahan kek harilahir utk pagi raya ..akhir nyer pkl 230 pagi baru tidur ..


Sebenarnya seminggu seblm raya ..anak buah dah whatsapp ..kata nak celebrate birthday mereka berdua pagi raya ..walaupun birthday mereka 30 hb ..tapi kena buat awal sbb selepas raya pertama kami akan berpecah ke  rumah mentua pulak ..


Happy Birthday Afiq Hakim 10 thn dan Nurin Nadhirah 7 thn 




Chocolate Moist Cake + Chocolate Buttercream layers

Deco - fondant + edible image 











Deco yg simple .. cadangan awal nak buat edible " frozen " dgn watak2 dari cerita tu tapi dah habis lak stok di bakery .. seronok sama2 buat deco kek ni dgn mereka ..tq


Jadual yg padat .. byk tempahan yg terpaksa di tolak sepjg bln puasa ..hanya sempat menyiapkan yg simple shj .

  Antara tempahan yg terpaksa di tolak ..cupcake birthday dan kek fondant utk hantaran nie  ..nampak cam simple jer ..tapi ambik masa gak sbb kena teliti terutamanya dgn fondant ..













ROTI JOHN ..


Nie cite basi ler pulak ..bukan pe bln Ramadhan mmg tak sempat nak update blog ..minggu ni baru sempat menghadap net .


Termasuk tahun nie dah 7 tahun ..niaga Roti John masa bln Ramadhan ..alhamdulillah sambutan sgt baik ..kami dah ramai custoner tetap yg menunggu ..seblm puasa pun ramai yg dah bertanya ..lokasi yg sama ..tapi tahun ni harga je tak sama .. bila harga kos naik ..bhn utama ..roti , telur dan ayam naik melambung terpaksa le dgn berat hati nyer menaikkan harga jugak .. mula cuak gak ..kot2 customer complaint ..tapi mujur ler hanya 2-3 org jer yg menegur .. tq semua .


Keistimewaan Roti John kami terletak kat kuah nyer .. my secret receipe ..




Nie le 2 jenis kuah yg di masak dulu ayam dan daging 




Roti ..bhn utama ye tak kalau tak bkn ler roti john nama yer ..kami pastikan roti nie betul2 halal + keluaran kilang bumiputra ..walaupu jauh sanggup g kilang nyer kat Tambun ..ambil sendiri ..bukan apa sekrg ni byk kilang " alibaba" nama nyer cam melayu tapi tokeh nye Apek .. halal ker .. so x pernah le kami beli roti kat kedai2 frozen food tu .. lagi pun roti nye lembut dan sedap..









Keistimewaan kami ..roti nie di bakar dulu ..baru lah bahan telur+ kuah ayam / daging di curahkan atas roti ..di terbalikkan dan di tambah majerin supaya bhn2 betul masak ..kebykkan roti john depa goreng telur lps tu letak jer roti tu kat atas ..


Paling penting .. telur dibasuh sempurna ..sebiji2 dibasuh ..bkn main cebuk je..tak le keracunan ..bab basuh telur nie ..sy akan buat sendiri bkn pe nak pastikan betul2 bersih ..



Tak lokek ..sos cili dan mayo ..meleleh ..kami kekalkan timun shj ..sbb kalau di tambah sayur2 lain menjejaskan rasa nye..




Siap ..potong 8 dan balut ...




Triple A Roti John .. cari kami lagi Ramadhan thn depan ins'allah ..

520pm-720pm ..




MEE REBUS ..





Bila ingat mee rebus ..kalau kat Ipoh nie mesti teringat Mee Rebus Ramli .. salah satu menu tarikan kat Ipoh ..dah lama tak pekena .. teringat2 rasa kuah yg manis pedas dan pekat tu ..


Tak gitu pasti lak .. rasa2 nyer ada sesetgh tempat di panggil mee jawa .. betui ke ..


Bila lepas raya mula le cari menu ..bukan nak buat open house tapi utk keluarga dan kekwn yg datang je.. biasa kalau last min ..masak meehon sup .nasi impit ngan kuah satay  atau spagetti je .. simple ..tapi kalau bagi tau awal2 leh le cari menu lain lak ..


Resepi nie dah lama simpan ..sumber dari rakan fb ..kata nya Mee Rebus Hj Wahid .. saya pun tak pasti origin nyer .. tapi tengok dari bahan2 nyer.. menyamai bahan2 yg biasa sy guna utk masak mee rebus ..kecuali sy tak guna rempah kari ..hanya cili kering blend shj ..dan keledek yg merah supaya kuah nye merah ..jika nak sedap lagi tambahkan udang segar menggantikan udang kering tu .



Jom layan resepi nie ...








BAHAN-BAHAN :


 2 kilo mee kuning, dicelur

1/2 kilo daging, dihiris halus

 4 biji keledek, direbus dan dikisar

 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar

 3 ulas bawang putih, dikisar

3 biji bawang merah, dikisar

✔ 1 inci halia, dikisar

✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar

✔ 3 batang serai, dititik

✔ 1 inci lengkuas, dititik

✔ 5 sudu makan rempah kari daging

✔ garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

✔ minyak untuk menumis


BAHAN UTK TEPUNG UDANG KERING


✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar

✔ 80g tepung gandum

✔ ¼ camt serbuk kunyit

✔ garam

✔ air secukupnya

✔ minyak untuk menggoreng


BAHAN HIASAN


✔ tauhu yang digoreng, dipotong kecil

✔ daun sup, dimayang

✔ bawang goreng

✔ telur rebus, dibelah dua

✔ lada hijau, dipotong bulat

✔ taugeh, dicelur

✔ limau kasturi, dibelah dua



CARA-CARA PENYEDIAAN


CARA TEPUNG UDANG KERING

✔ Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.

✔ Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.



CARA MASAK KUAH


✔ Panaskan minyak dalam periuk.

✔ Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik

.✔ Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.

✔ Masukkan rempah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.

✔ Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.


CARA HIDANGAN.


✔ Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.

✔ Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.






......selamat mencuba ....