Tuesday 23 September 2014

KEK LAPIS EVERGREEN



Terpesona dgn warna hijau + putih yg nampak menyelerakan ...resepi nyer pun simple je.. pasti lebih menarik jika di deco dgn cheese cream atau fresh cream ..mmm 


Jom layan resepi nie..





Kek Lapis Evergreen Kukus


Bahan-bahan 


Lapisan Hijau


10 biji kuning telur A

225g mentega berkualiti tinggi
1/3 cawan gula halus
1/4 tin susu pekat manis
1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan)


Lapisan Putih :



1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
225g mentega berkualiti tinggi
10 biji putih telur A
1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
1/2 tin susu pekat manis



Cara-cara



Lapisan Hijau :


Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya.



Lapisan Putih :



Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)


Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.
Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus. Loyang 8" .


Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.


***telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
***balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama



Sumber rakan fb..

TQ ..selamat mencuba 
#pastisedap


Wednesday 17 September 2014

GANACHE BANJIR...



Chocolate moist cake in a cup dan di banjir oleh limpahan chocolate ganache topping .. sgt sesuai sebagai door gift atau utk  sebarang majlis / jamuan ..


Tempahan dari Pn Siti Nadirah ....................200 pcs utk majlis aqiqah

  






Nie adalah chocolate moist yang sama dan ditambah buttercream + strawberry + orange jelly ..






tq.....mmm yummy ..sedap kalau makan sejuk.. rasa mcm aiskrim ..

Teringin / minat nak order call / sms/ whatsapp jer ye... tq

Sunday 14 September 2014

CUPCAKE PERTUNANGAN ...




Cupcake utk hantaran pertunangan ...............ordered by NS

Tema ....putih biru 

Cupcake ......chocolate moist

Deco .......fondant + gumpaste ( bunga )









Deco yg simple as requested by customer .. safely delivered ..11.09.14

Tahniah NS ..moga jodoh till jannah ..130914 ..
 

FONDANT ..OH..FONDANT




Banyak lagi yg kena belajar ttg fondant nie .. tq Syahir sbb berkongsi ilmu nie.. Elok gak customer tahu ttg fondant nie ..terutama nak pilihan jenis kek apa ..apa jenis frosting yg sesuai .. dan yg penting kek yg bersalut fondant x perlu simpan dlm fridge ..nanti fondant akan lembut ..


Jom layan perkongsian nie..



Perkara asas semasa membuat kek fondant


1. Bakar kek anda 2-3 hari sebelum nak guna.
2. Gunakan butter cake atau apa-apa kek yang mampat (Red Velvet, Chocolate Cake) dan elakkan menggunakan kek span.
3. Buat coating (lepa) sehari sebelum nak guna kek dan biarkan dalam chiller. Pastikan kemaskan dan lapisan paling nipis untuk menutupi kek.
4. Kalau buat fondant sendiri, letak dalam chiller sehari semalaman, kalau nak pakai baru defrost.
5. Pastikan ada kelengkapan yang mencukupi.
6. Kalau nak lapiskan fondant, pastikan kek dalam suhu bilik (siap dengan coating)
7. Gunakan icing sugar sebagai agent untuk tidak bagi fondant melekat dengan permukaan tempat menguli.
8. Kalau gunakan ready made punya fondant, uli dahulu. Jangan uli terlalu lama, uli sekejap sahaja.
10. Kalau dah siap semua biarkan didalam suhu bilik, jangan sesekali letak dalam freezer.
11. Buttercream disyorkan untuk digunakan sebagai frosting dan coating. Elakkan menggunakan fresh cream atau cream cheese sebagai coating.
12. Fahami teknik fondant membalut kek.
13. Kalau ada fondant yang tidak digunakan, wrap dengan plastic wrap.
14. Ada 2 jenis bahan,

A : kenali apa itu fondant - fondant selalunya orang cover cake dan orang baut modelling (figure yang kecik-kecik) dengan tambahkan cmc.

Apa itu cmc? Cmc ni bahan untuk keraskan fondant.

B : kenali apa itu gumpaste - gumpaste selalunya orang akan buat bunga dan figure jugak. Tidak perlu tambah cmc.

Tuesday 9 September 2014

STRAWBERRY CHEESE CAKE



Mmm... sedap nyer .. nape ler hari nie tengok apa pun nampak sedap jer... habis ler cam nie ..gastric juice pun byk terrembes nie ..haha..


Siapa le yg x tergoda tgk cheese cake ngan strawberry meleleh cam nie .. Last makan masa gi Cameron bln Mac lepas kat Big Strawbery Farm ... yummy ..


Jom layan resepi nie .. sumber rakan Fb 







Strawberry Cheesecake



Bahan-bahan untuk dasar kek


150g biskut merry (Cap Tiger pun ok)
20g gula kastor 
150g mentega cair (panaskan dalam oven dulu sampai cair)

Bahan-bahan adunan


A: 250g cream cheese; 50g gula kastor
B: 20g tepung gandum
C: 2 biji kuning telur+1 biji telur
D: 250g strawberry yogurt (brand DutchLady atau Nestle)
E: 2 biji telur putih, 35g gula kastor
F: 15g tepung jagung
G: Buah Strawberry (Potong 7-8 biji strawberry dalam potongan sederhana besar-1 biji=8 potongan)

Cara-cara



Cara-cara (Dasar kek)


Biskut merry dikisar
Di dalam bekas lain, masukkan gula kastor ke dalam mentega cair. Kacau sampai sebati.
Masukkan adunan tadi ke dalam biskut merry yang telah dikisar .
Gaul sehingga sebati.
Tekan rata-rata dalam loyang . Tutup bekas dengan wrapper sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Cara-cara (adunan kek)


Bahan E dipukul sehingga kembang. Selepas kembang, masukkan F dan adunkan.Ketepikan.
Putar A hingga lembut. Tambah B dan kacau sehingga sebati
Campur C dan putar sehingga lembut dan tidak berbintil
Campur D dan adun hingga rata
Masukkan bahan E dan F yang telah dipukul terlebih dahulu, ke dalam adunan
Masukkan potongan strawberry ke dalam acuan. Gaul rata-rata (tak perlu pakai pemukul)
Tuang semua adunan ke atas base biskut tadi
Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 80 minit. Boleh cucuk kek untuk pastikan dah masak ke belum.
Setelah masak, bukakan pintu oven sedikit (jangan buka sepenuhnya) untuk haba keluar.
Keluarkan dari oven selepas 1-2 jam (atau rasa bawah bekas, kalau
dah suam-suam kuku, dah boleh bawa keluar).
Masuk dalam peti ais tapi pastikan dah wrap loyang.
Boleh hias kek dengan Strawberi


Tq ... selamat mencuba 

CARAMEL CHICKEN WINGS




Caramel Chicken Wings


Family favourite .. wings jadi rebutan .. sesuai gak utk BBQ .. Sedap makan ngan kerabu mangga tadi ..mmm..

Jom cuba ... sumber rakan fb





 Caramel Chicken WingsResipi : Mutiarazura MyRDi olah : Che CT




Bahan-bahan:



12 keping kepak ayam
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia dicincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan (60ml) madu
1/2 sudu besar serbuk lada hitam - tumbuk kasar

Cara-cara :


1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan kepak ayam, kacau dan goreng selama 5 minit.
2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua kepak masak dan keperangan (bersalut dengan sos).

Nota: Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos seperti hangit dipenghujung tu. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada kepak ia akan jadi sedikit melekit dan berkilat macam barbecue chicken. Sedap sangat!




Tq...........

KERABU MANGGA ..




Tengok jer boleh kecur air liur .. kerabu mangga ..tak sure lak sama tak macam somtam .. sebab somtam biasa ada betik muda , kacang panjang , tomato  . Kalau gi makan kat kedai2 Thai sure order nyer .. 


Awal tahun nie pergi ke Perlis ..langsung ke Wang Kelian ..ronda2 jumpa lak ngan tot..tot cam motor roda 3 dan dijadikan tpt utk jualan ..order ler somtam .. bahan2 yer ..wow.. berbeza ngan kat sini ..ada mangga , betik , kaki ayam , bilis goreng , udang ,tomato kacang pjg ..byk lagi ler.. 1st makan sodap betui ..masam manis pedas..serasi rasanyer..


Jom le layan resepi nie nampak simple jer.. boleh buat sendiri kat rumah ..


KERABU MANGGA 





Bahan :


6 biji mangga muda yang kecil2 tu (kupas kulit, sagat halus)
3 batang serai (dimayang halus)
4 biji tomato (potong panjang2)
10 tangkai cili padi (potong halus)
1 sudu besar udang kering (cuci, tos dan tumbuk halus)
4 sudu besar kacang tanah (goreng tanpa minyak, tumbuk kasar)
4 biji limau nipis (ambil jusnya)
sos nampla @ sos ikan @ sos sotong (baunya seperti budu sedikit cuma tidak sekuat budu la)
gula secukup rasa

Cara :

Campurkan mangga, serai, tomato, cili dan udang kering. Gaul rata.
Perah asam limau, masukkan sos nampla dan perasakan dengan gula.
Tabur kacang tanah atau digaul bersama dengan kerabu. 





tot..tut..kat Wang Kelian 


Simple jer cara mrk meniaga .. 





Tq .. selamat mencuba ..

Wednesday 3 September 2014

CUPCAKE ...MUFFIN..





Repeat order dari my dearest colleagues ..cupcake dan muffin ..utk ' makan2' sempena Merdeka day ..  


Cupcake / muffin .. Chocolate  Moist  ................ 36  pcs 

Deco ...buttercream 

Flavour .... chocolate . lemon . strawberry .

















Tq ..Sagun. Tiqah. Lau ..




FRUITTI CHEESE CAKE



Mmm...first nampak kek nie  kat fb .. versi kukus memang nampak menarik warna warni yang ceria .. ingat mesti kena cuba ..tapi dah copy resepi ... misplace ..ntah kat mana lak .. 

Masa jenguk2  blog Azlita Masam Manis ..aaha ..ternampak kek nie .. hasil kerja sifu ..awesome ..cantik , kemas ngan warna warni yang ceria .. Tapi masih belum berkesempatan mencuba lagi .. Apa yang pasti mesti sedap nyer.. 


Jom kita jenguk2 resepi nye......












FRUITTI CHEESE CAKE

Olahan daripada resepi : Dainty Cheese Cake    By : Kevin Chai
Rujukan : Buku Masakan Cheesecake Mania



Bahan Kek Span Coklat

5 biji telur
125g Gula Kastor
1 sudu kecil Esen Vanilla
2 sudu kecil Ovelette
100g tepung
20g serbuk koko
1 sodu kecil Baking Powder
40ml air
70g Mentega ~ dicairkan

Panaskan oven pada suhu 170C
Campurkan semua bahan kecuali mentega.
Putar hingga kembang dan gebu.
Anggaran 10 minit.
Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
Tuangkan ke dalam loyang berukuran 8" yang telah disapukan mentega dan lapikkan dengan kertas minyak.
Bakar pada suhu 170C selama 35 minit.
Terbalikkan atas redai setelah masak dan biarkan ia sejuk sepenuhnya.
Potong kepada 3 kepingan


Lapisan Cheese

120ml susu segar
2 biji kuning telur
350g cream cheese
80g gula kastor
1 sudu besar serbuk gelatin
400g whipped cream


Pewarna dan perasa


1/4 sudu kecil strawberry emulco + 1/4 sudu kecil pewarna merah jambu
1/4 sudu kecil pes lemon + 1/4 sudu kecil pewarna kuning
1/4 sudu kecil pes blueberry + 1/4 sudu kecil pewarna ungu
1/4 sudu kecil pes oren + 1/4 sudu kecil pewarna oren
1/4 sudu kecil pes apple + 1/4 sudu kecil pewarna hijau



Satukan susu segar, kuning telur, cream cheese, gula kastor dan serbuk gelatin kedalam periuk
Masak secara double boiler sehingga semua adunan sebati dan mencair
Padamkan api dan biarkan sejuk sepenuhnya
Dalam mesin pemutar, putar whipped cream sehingga ringan dan bertanduk
Masukan adunan cream cheese dan terus memutar hingga sebati
Bahagikan adunan kepada 5 cawan
Tambahkan perasa dan pewarna pada setiap bahagian adunan dalam cawan tadi
Potong kek span cokelat kedalam loyang spring foam bulat berukuran 7"
Tuangkan adunan cheese oren, ratakan permukaannya dan simpan dalam peti sejuk selama 15 minit
Keluarkan dan tuangkan pula lapisan berwarna ungu.
Ulang semula proses yang sama sehingga habis setiap lapisan
Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong



Jom cuba ..cheese lover mesti suka nyer ...

Photo yg bwh nie adalah versi kukus ... nanti nak cari resepi nye..

Tq Azlita ...utk resepi dan photo ..