Wednesday 12 November 2014

TUNA CHEESE MUFFIN VS CHOC MUFFIN ............





Assalamualaikum ...selamat pagi ..cuaca cerah hari nie .. harap sampai kepetang ..maklum skrg musim hujan ..lebat sangat semalam.. apapun semua itu adalah rahmat utk sekalian penghuni alam nie...


Sementara menunggu muffin chocolate moist dalam oven tu masak ..nampak lak muffin nie ..cam sedap jer.. maklum le sy nie pengemar tuna tambah ngan cheese lak mesti sedap kan ...sbg minum petang ..tapi utk anak bujang kat rumah nie x suka tuna ..boleh jer tukar ke sosej kan ...mesti cuba ...



Jom layan resepi nie ....





Photo: TUNA CHEESE MUFFIN

Bahan-Bahannya:
1   biji telur
1   sudu kecil gula
1   sudu kecil baking powder
120   gm gandum
1   tin (80gm) tuna
50   ml susu segar
50   gm piza cheese
Secubit garam

Cara Membuatnya:
1~ Ayakkan tpg,baking powder dan garam,panaskan oven 180'C.
2~ Pukul telur dan gula sehingga gula hancur.
3~ Masukkan tuna bersama dgn air atau.minyaknya,kacau sebati.
4~  Masukkan tpg sedikit demi sedikit berselang-seli dgn susu sgr.
5~ Akhir sekali masukkan cheese, kacau rata.
6~ Kemudian isikan adunan kedlm muffin tray atau muffin cup.
7~ Bakar selama 20 minit...





TUNA CHEESE MUFFIN


Bahan-Bahan :

1 biji telur
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil baking powder

120 gm tpg  gandum
1 tin (80gm) tuna
50 ml susu segar
50 gm  cheese
Secubit garam


Cara - cara :


1~ Ayakkan tpg,baking powder dan garam,panaskan oven 180'C.
2~ Pukul telur dan gula sehingga gula hancur.
3~ Masukkan tuna bersama dgn air atau.minyaknya,kacau sebati.
4~ Masukkan tpg sedikit demi sedikit berselang-seli dgn susu sgr.
5~ Akhir sekali masukkan cheese, kacau rata.
6~ Kemudian isikan adunan kedlm muffin tray atau muffin cup.
7~ Bakar selama 20 minit..



Jom cuba ....



Chocolate Moist Muffin










Siap ... Chocolate Moist Muffin ..50 biji utk tempahan petang nie .....hot from t oven ...my top seller muffin ..sekali rasa mesti nak order lagi ...hihi...angkat bakul lak...


Naked ..haha skrg dh musim tu lak ...cake pun dah naked...belum deco lagi ...sedikit white chocolate ngan taburan peanut atau choco rice / rainbow choco ... naik ler seri nyer ...simple as requested ..


Tq Mas ..utk tempahan nie..









Tuesday 11 November 2014

CHEEZY CARROT CAKE LAGI ....





Belated update ....17.10.2014



Tempahan ........ Hafiza 

Carrot cake + cream cheese ..deco dgn peanut + croqant ..

 1 biji kek 1.7 kg

3 biji kek 800 gram 



Repeat ordered dari Ja ..dan rakan2 sekerja di Kolej Kesihatan Bersekutu ..
























MICKEY ...ARTWORK


Belated update ...08.10.2014



Tempahan  .......... Miss Gayathri utk birthday anak buahnya ..

Butter cake + Buttercream + Artwork + Fondant


*****HaPpy BiRtHdaY  RhYeMaaSHyrrI  -- 4 YrS *****






Cadangan asal ...mickey edible image ..cari kat bakery ..alamak x de stok ler lak ..skrg nie masih sdg demam frozen ..nie boy .. x leh ler buat image girl lak ..so ..customer pun agree utk artwork image ..dah belajar kan ..so buat jer ler .. panjang kan nama boboy nie..so plan nak tulis atas kek cam x muat lak ..so buat guna fondant jer...












Kek nie di hantar ke kindergarden ... sebiji kek x cukup so tambahan 40 biji chocolate moist muffin ..







Tq Gayathri .. kek habis licin .. muffin pun lenyap ..customer happy ..saya pun lega ...

Tq ... repeat order ..and  order ...my regular customer ...

CRUNCHY CHEEZY CARROT CAKE ...SATU PERTEMUAN ..

Belated update ...03.10.2014



Tempahan .............Hafiza 

Carrot cake + cream cheese topping + Croqant deco...


Malam raya Aidil Adha ..satu pertemuan .. carrot cake jadi saksinya..wah..wah.. 

Setelah tak jumpa ..x pernah contact ..selama 27 tahun ..search kat fb .. at last carrot cake nie jadi titik pertemuan ... 


Ja ..my bff ..dulu tak de ler istilah nie... kami bersama ..belajar..makan ..lepak..menangis ..Matrikulasi Sains UKM , Greentown Ipoh ..mana boleh lupa nostalgia tu..selepas sessi 86/87 ..membawa haluan ..hilang contact ..mmg ada mencari2 ..dulu x de fb ..


Syukur ..masing2 berjaya dlm kerjaya kami ..kek bertukar tgn dgn airmata kegembiraan ...Hope our friendship will last forever ..



Cite pasal kek lak...Carrot cake +- 1.6 kg ..topping ngan cream cheese + peanut croqant deco..











Deco simple ..sbb tgh bz dgn mini cake utk raya ..


Tq ..Ja 



MINI CAKE ..PERAYAAN




Assalamualaikum  ....Salam sejahtera ...


Sedar tak sedar dah pertengahan bulan November  ..hari berganti mcm cepat jer 24 jam sehari .. Syukur bulan nie rezeki melimpah ..bermula dari Aidil Adha ..hingga ke Deepavalli oven kecik tu stress betul ..sian dia tp sian lg kat tuan nyer ...tidor2 ayam jer... apa pun alhamdulillah ..


Kek mini / petak ..nie adalah kek yang mula2 sy buat masa baru2 nak belajar buat kek dulu .. Permintaan yg baik dan menggalakkan masa musim perayaan nie ..ye lah kek nie kecil..+- 400gram .. harga pun murah ..senang nak hidang kat tetamu ..


Mula2 hanya hanya buat chocolate moist jer.. kini dah pelbagai .. 





Chocolate moist + ganache topping ...deco ngan coklat rice ..nie yg mula2 buat..







Nie adalah versi ke-2 ..curahan ganache deco ngan white chocolate 







Nie pulak versi ke-3 ...chocolate moist dilepa ngan buttercream dan curahan ganache ..mmm nampak  lebih berkilat ganache tu ..deco ngan white chocolate dan gumpaste flower ...


Permintaan baik ..so dah tambah ..si Red Velvet + cream cheese juga mendpt sambutan yg menggalakan .. yang x dlm gambar ..si Butter strawberry + strawberry  buttercream ..lupa lak nak ambik gambar ..kalut nak delivered cepat..


Yang latest adalah ...Orange Poppy Seeds Cake + Cream cheese ..


Mmmm.... inilah rezeki yg melimpah utk Aidil Adha dan Deepavali ...dan tidak terhad utk perayaan je..terus mendapat sambutan utk jamuan ringan dan gak hamper gift ..















#ChocolateMoistCake+Ganache

#RedvelVelvetCake+Creamcheese

#StrawberryButterCake+StrawberryButtercream

#OrangePoppy SeedsCake+Creamcheese



Berminat ..contact yer ..harga rm12.00 - rm15.00 shj..



MUHARRAM...BUBUR ASYURA..



Assalamualaikum semua...terima kasih pada yg masih sudi jenguk2 blog nie ..dah lama tak bersiaran ..scroll jer blog nie .. rupa nyer sejak Oktober  dah x enter ape ape projek baking saya...Memang selepas dari bulan Ramdhan hingga  ke Syawal busy sangat ..alhamdulillah rezeki bertambah ... sedar2 jer dah masuk bln Muharram..


Google wikipedia mencari erti / sejarah bubur asyura nie ...



Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).


Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar,[2] maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.


Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).

Jenis bubur Asyura
  1. Jenis manis - Lazimnya di utara Semenanjung Malaysia.
  2. Jenis berempah dan mengandungi daging - Lazimnya di pantai timur Semenanjung Malaysia.
  3. Jenis seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai ramuan seperti pisang, kacang hijau dan lain-lain - Lazimnya datang dari Singapura.


Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri disemenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.







Ini adalah bubur Asyura versi utara .. manis dan penuh dengan kekacang , pisang , keledek jagung dan lain2.. Memang kegemaran nie.. 

Resepi nampak simple ...boleh aje di tambahkan bahan2 nyer...pisang , keledek , jagung manis , keladi , kacang kuda ..apa2  bhn yg manis pun boleh jer nak tambah..

Jom kongsi resepi nie ...Sumber rakan fb....



BUBUR ASYURA


Bahan-bahan:


2 cawan gula merah }
1 cawan gula putih } 3 bahan dimasak hingga gula cair, biarkan sejuk sikit
1/2 - 3/4 cawan air }
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 camca teh garam
1 1/2 cawan santan pekat
2 cawan air
1 sudu besar sagu( direndam dlm air)
1/4 cawan kacang hijau (direbus)
2 sudu besar kacang merah( direbus)
1/4 tin jagung
1/4 cawan kacang tanah( roasted dan dibuang kulit )

Cara:
-Satukan santan,garam dan air, tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
-Tapiskan pula air gula ke dalam adunan tadi. Kacau rata.
-Masak dgn api sederhana. Kacau sehingga agak pekat dan tambahkan bahan-bahan kacang,etc
-Kacau hingga lekang dari periuk.
 Sejukkan dan sedia utk dihidangkan ...

Mesti cuba...