Sunday 22 June 2014

SWISS ROLL ..



Swiss Roll .. coming soon ..















Printed Swiss Roll .. corak terkini yg jadi pilihan .. bila google berbagai corak leh jumpa .. 


Jenguk2 blog Sifu Besar kita .. Pn Azlita ..cam biasa ribuan terima kasih .. step by step Swiss Roll Zirafah .. begitu kemas dan cantik hasilnya .. Tq ..beliau tak pernah lokek dgn ilmunya .. 


So projek baking next week ... swiss roll. 


SOTONG SUMBAT BERLADA




Esok ..hari minggu  , terasa lak nak masak menu yg lain sikit .. asyik kari je tiap2 hari sampai perut pun dah x tahan ..


Sekarang musim durian ..kat mane2 je berlonggok2 jualan durian ..mmm.. cuci mata jer ler .. boleh ingat jer ler masak tempoyak pucuk ubi , gulai tempoyak ikan talapia , sambal tempoyak ikan bilis + ulam2 .. 


Bila nikmat makan dah byk sekatan .. nak makan sedap atau nak sihat ..

Belek2 majalah .. jumpa lak resepi nie .. biasa makan ketupat sotong - sotong yg disumbat dgn pulut tu .. jadi nak cuba lak menu nie .. 


Jom intai2 resepi nye ...






SOTONG SUMBAT BERLADA  :


  3 ekor sotong putih 

Bahan inti  :

100  g isi ikan tengiri hancur 

20   g  isi udang hancur

10  g  serbuk jintan putih

5   g  serbuk jintan manis

10 g  serbuk cili

5  g  serbuk kari

5  g  serbuk kunyit


Bahan Sos  :

10  g serai

10  g bunga kantan

 20  g bawang merah 

10  g bawang putih

 30  g cili merah


80  g cili hijau


CARA - CARA :


1.  Sumbat  sotong dengan bahan inti yang telah di gaul rata , dan panggang hingga masak .. saya akan masukkan dlm oven shj ..


2 . Bahan sos semuanya dikisar , dan tumis hingga garing dan masukkan sedikit air jika terlalu pekat .  Perisakan .


3. Hidangkan sotong dan sos  berlada . Hiaskan dengan hirisan timun jepun dan lobak merah yang digaul dengan minyak zaitun sebagai ulam ..


Resepi yang sihat sbb hanya dipanggang dan tidak pedas ..


Selamat mencuba ...


Monday 16 June 2014

SIRAP BANDUNG CINCAU



Cuaca panas dan kering nie .. minuman apa lagi yg dpt mengurangkan dahaga .. walaupun dinasihatkan byk minum air masak  tapi kalau dah depan mata x mampu nak di tolak dah ..


Ramadhan bakal menjelang .. minuman cam nie memang senang nak dapati .. kat mana pun ada dijual ..tapi ape kata kita buat sendiri .. mudah dan bersih ..







Jom kita kongsi resepi nyer  : 

Dari Majalah RASA ..

Bahan - bahan :  ( utk seorang )


3 sudu makan kordial sirap

4 sudu teh susu pekat

2 sudu makan susu cair

3 sudu makan cincau

air suam secukupnya

ais scukupnya


Cara ..

1. Masukan sirap , susu pekat , susu cair dan air suam , bancuh hingga larut 

2.  Masukkan cincau dan akhirnya ais . Hidangkan sejuk .

Selamat mencuba .


PEACOCK CUPCAKE




ORDERED BY MISS SHAE SHALU  ....  15 JUN 2014



Chocolate Moist Cupcake + Fondant deco ....  25 pcs 

Size  : M 














Tempahan dari Shae utk Anniversary ayah + ibu nya ..

Tempahan sepatutnya .. mcm kat bwh nie .. kepala peacock + feather deco buttercream .. malangnya .. kepala nyer cam dinosour lak .. so at last no head just feathers only .. 






tq Shae .. for the positive feedback ..u like the cake and deco ..

Sunday 15 June 2014

FLORIA PUTRAJAYA 2014 - PESONA WARNA


Floria Putrajaya 2014 



Festival yang dinanti-nantikan. Bunga dan taman-taman dengan warna-warna yang lebih menarik dan jenis flora di luar imaginasi anda. Seronoknya...




Temanya adalah Mermerizing Colours (Pesona Warna). Bunga tema festival adalah bunga Begonia. Pelbagai spesies begonia yang berasal dari iklim lembap subtropika dan tropika di direka khas taman-taman dan pameran dari 14 hingga 22 Jun 2014.




Lokasi Floria Putrajaya 2014 adalah di tapak baru iaitu Promenade Presint 4. Terbuka kepada orang ramai Isnin hingga Khamis 9 pagi - 10.30 malam dan Jumaat hingga Ahad dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam. Bayaran masuk : Dewasa RM3. Kanak-Kanak 7-12 tahun RM1 dan bawah 7 tahun percuma.




Floria Putrajaya 2014 mempamerkan beberapa reka bentuk dari peserta antarabangsa yang terdiri daripada pereka taman, kedai bunga dan Pertubuhan / Persatuan Floral Antarabangsa. Mereka  memaparkan taman dalaman dan luaran di samping memberi pelawat kefahaman tentang kreativiti dan kepakaran pereka landskap tempatan dan antarabangsa melalui lebih daripada 80 pertunjukan luar taman oleh agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat, swasta, persatuan, penanam, universiti dan juga menengah dan sekolah rendah.






Di FLORIA Putrajaya 2014 terdapat Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Pereka Gardens, Fantasy Gardens, futuristik Gardens, Taman Begonia, Royal Garden, Tea Party Garden, Taman Inovasi dan Taman Pavilion Dalaman.







Tarikan lain termasuk Bazaar Taman, pasaran hortikultur yang menjual segala-galanya dari pokok bunga, pokok-pokok, perabot taman, peralatan taman, produk bioteknologi dan perkhidmatan landskap.









Lebih daripada 200 aktiviti harian yang diadakan sepanjang sembilan hari Floria Putrajaya yang termasuk demonstrasi bunga, bengkel berkebun, hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air serta seni dan kraf.



Acara tahunan, FLORIA Putrajaya sentiasa ditunggu-tunggu oleh orang ramai kerana keunikan dan keindahan flora yang dipamerkan di taman-taman berlandskap yang direka menarik, ditambah pula dengan lampu berkilauan pada waktu malam.


Gerai-gerai makan dan minum banyak di sediakan di sini samada yang bergelar cafe, makanan segera sehingga gerai biasa.

Friday 13 June 2014

CHOCO MOIST + RED VELVET ..


ORDERED BY PN ZA  .............. 12 JUN 2014


Chocolate Moist + Choccolate Buttercream frosting

Red Velvet + Cream Cheese frosting 

Size   :  M  ... 16 pcs/box



Special order ..dari Putrajaya oleh Pn Za utk kawan lama Pn Aja dari TA Sec 














tq ...Safely delivered to Pn Aja in TA Sec Jln Kampar .Ipoh 


Tuesday 10 June 2014

CARROT CAKE ..




ORDERED BY EN ZAHIR  .............8 JUN 2014


Carrot cake + cream cheese 











Yummy ..  carrot + oats + nenas + kacang ..with  cream cheese ..




Monday 9 June 2014

TEMPOYAK IKAN PATIN


GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN







Gulai tempoyak - Perak style.


 Masakan ni saya belajar dari mak ..sejak kecil ni le masakan favourite sekeluarga. Kalau ade mesti makan bertambah2 .
Yang ni ikan patin, tapi saya lebih suka ikan talapia atau ikan merah.Masak kuah pekat2 memang best. Tapi yang ni saya masak kurang pekat, maklum le sekarang perut dah x ok. Pilihan ikan mestilah ikan berisi putih seperti ikan kembung, merah kerisi, keli atau talapia.



Resepi



1 ekor ikan patin sederhana

4- 5 sb tempoyak 
2 sb cili merah kisar
10 cili padi * tumbuk
2 btg serai * diketuk
1 helai daun kunyit
1 sk serbuk kunyit
asam keping  * jika perlu 
1 biji kecil timun   
gula 
garam



1.  Ikan potong 3 atau 4, cuci dan rendam dengan asam untuk hilangkan hanyir dan bau.

2. Bancuh tempoyak dengan sedikit air, campurkan cili, serbuk kunyit, serai, garam dan gula.

3. Masukan ikan dan perap utk 1/2 jam supaya rasa tempoyak mesra dengan ikan.


4. Masak dengan api yang sederhana, masukkan timun.

5. Bila dah menggelegak koyak2 daun kunyit dan masukkan asam keping jika perlu.  Rasa masakan, mesti ade rasa pedas dan masam manis sikit.



Selamat Mencuba.



Saturday 7 June 2014

MACARON MENTEGA KACANG



Sementara menunggu muffin chocolate moist dan vanilla dlm oven utk  Majlis Cukur Jambul di Batu Gajah esok .. jenguk2 Majalah RASA .. Macaron memang simple .. 


Jom kita kongsi resepi nye ...


MACARON MENTEGA KACANG 




 Bahan A :

135  g gula aising

90 g serbuk badam                                                      

Bahan B :

75 g putih telur 

 50 g gula kastor

300 g mentega kacang 

sedikit pewarna pink 



1.  Ayak bahan A .  Putar bahan B hingga kembang dan bahagikan adunan kepada 3 bahagian .

2.  Masukkan adunan  pertama ke dlm A dan letakkan pewarna pink , kacau perlahan - lahan .

3.  Masukkan pula adunan ke 2 dan kacau hingga warna nya sekata .

4.  Masukkan adunan ke 3 dan mesrakan adunan hingga sekata .

5.  Sediakan loyang pembakar dan paipkan adunan bulat -bulat . Rehatkan seketika sehingga bahagian atas macaron benar-benar kering . Bakar 160 C selama 14 min .

6.  Sejukkan macaron sebelum disapu mentega kacang . 



Info Chef  :  Pastikan adunan di kacau perlahan-lahan dan dimasukkan berperingkat-peringkat .



Mudah dan menarik ..sesuai kalau musim cuti nie buat bersama- sama dengan anak-anak .. Bahan bahan yang sama hanya tukarkan inti ..tentu anak-anak happy boleh mencipta macaron mereka sendiri ..


Selamat mencuba .....






Friday 6 June 2014

CHOCOLATE MOIST + VANILLA & LEMON AND COFFEE BUTTERCREAM

ORDERED BY AZZAH  .......  04 JUN 2014


Repeat ordered ..dari Azzah .. favourite flavour .. Chocolate Moist & Vanilla + Lemon Butter Cream  &  Coffee Butter Cream








 tq ...


Thursday 5 June 2014

RED VELVET + CHOCOLATE MOIST & CREAM CHEESE ..




ORDERED  BY MISS PATHMA  .... 03 JUN 2014


Red velvet  & Chocolate Moist  + Cream Cheese ........... 16 pcs























tq.. safely delivered yesterday ... #heavyrain#

Tuesday 3 June 2014

CARROT MUFFIN ..


CARROT MUFFIN ..


Dah lama nak buat muffin nie .. minggu lepas dah beli carrot ..simpan sampai kecut pun langsung tak sempat nak buat .. 

Semlm adik balik so jom le buat .. bukan pe dah lama copy resepi dari blog sifu yg terkenal tu ... Azlita Masam Manis .. tq . 


Mengagumi hasil tangan Azlita yg sentiasa awesome , hiasan kek2 nye betol2 mempesonakan .. Blog beliau yg mula2 sekali sy tengok masa mula2 berjinak buat muffin dan cupcake dulu ..dan hingga kini .. always the vr best sifu .. tq 


So nie le hasil ptg semlm .. buat muffin je le coz nak cepat  .. pe pun mmg  sedap 







Ni .. hasil sifu ..awesome .. tq Azlita




Healthy muffin coz  .. ade carrot , oats , gajus dan nenas .. tapi muffin tu tak menarik warna nya coz gula perang habis stok lak ..

So nampak pucat le sikit .. tak mekap ngan cream cheese pun sbb  keluar oven je dah kena ngap .. sedap2 ok le tu ...


tq

Esok sy copy kan resepi nyer .. dah lewat ... mengantuk sudah .. sok ade tempahan lagi syukuran  ... mimpi red velvet + chocolate moist utk besok ...