Tuesday 11 November 2014

MUHARRAM...BUBUR ASYURA..



Assalamualaikum semua...terima kasih pada yg masih sudi jenguk2 blog nie ..dah lama tak bersiaran ..scroll jer blog nie .. rupa nyer sejak Oktober  dah x enter ape ape projek baking saya...Memang selepas dari bulan Ramdhan hingga  ke Syawal busy sangat ..alhamdulillah rezeki bertambah ... sedar2 jer dah masuk bln Muharram..


Google wikipedia mencari erti / sejarah bubur asyura nie ...



Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).


Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar,[2] maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.


Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).

Jenis bubur Asyura
  1. Jenis manis - Lazimnya di utara Semenanjung Malaysia.
  2. Jenis berempah dan mengandungi daging - Lazimnya di pantai timur Semenanjung Malaysia.
  3. Jenis seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai ramuan seperti pisang, kacang hijau dan lain-lain - Lazimnya datang dari Singapura.


Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri disemenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.







Ini adalah bubur Asyura versi utara .. manis dan penuh dengan kekacang , pisang , keledek jagung dan lain2.. Memang kegemaran nie.. 

Resepi nampak simple ...boleh aje di tambahkan bahan2 nyer...pisang , keledek , jagung manis , keladi , kacang kuda ..apa2  bhn yg manis pun boleh jer nak tambah..

Jom kongsi resepi nie ...Sumber rakan fb....



BUBUR ASYURA


Bahan-bahan:


2 cawan gula merah }
1 cawan gula putih } 3 bahan dimasak hingga gula cair, biarkan sejuk sikit
1/2 - 3/4 cawan air }
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 camca teh garam
1 1/2 cawan santan pekat
2 cawan air
1 sudu besar sagu( direndam dlm air)
1/4 cawan kacang hijau (direbus)
2 sudu besar kacang merah( direbus)
1/4 tin jagung
1/4 cawan kacang tanah( roasted dan dibuang kulit )

Cara:
-Satukan santan,garam dan air, tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
-Tapiskan pula air gula ke dalam adunan tadi. Kacau rata.
-Masak dgn api sederhana. Kacau sehingga agak pekat dan tambahkan bahan-bahan kacang,etc
-Kacau hingga lekang dari periuk.
 Sejukkan dan sedia utk dihidangkan ...

Mesti cuba...

No comments:

Post a Comment