Tuesday 9 September 2014

STRAWBERRY CHEESE CAKE



Mmm... sedap nyer .. nape ler hari nie tengok apa pun nampak sedap jer... habis ler cam nie ..gastric juice pun byk terrembes nie ..haha..


Siapa le yg x tergoda tgk cheese cake ngan strawberry meleleh cam nie .. Last makan masa gi Cameron bln Mac lepas kat Big Strawbery Farm ... yummy ..


Jom layan resepi nie .. sumber rakan Fb 







Strawberry Cheesecake



Bahan-bahan untuk dasar kek


150g biskut merry (Cap Tiger pun ok)
20g gula kastor 
150g mentega cair (panaskan dalam oven dulu sampai cair)

Bahan-bahan adunan


A: 250g cream cheese; 50g gula kastor
B: 20g tepung gandum
C: 2 biji kuning telur+1 biji telur
D: 250g strawberry yogurt (brand DutchLady atau Nestle)
E: 2 biji telur putih, 35g gula kastor
F: 15g tepung jagung
G: Buah Strawberry (Potong 7-8 biji strawberry dalam potongan sederhana besar-1 biji=8 potongan)

Cara-cara



Cara-cara (Dasar kek)


Biskut merry dikisar
Di dalam bekas lain, masukkan gula kastor ke dalam mentega cair. Kacau sampai sebati.
Masukkan adunan tadi ke dalam biskut merry yang telah dikisar .
Gaul sehingga sebati.
Tekan rata-rata dalam loyang . Tutup bekas dengan wrapper sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Cara-cara (adunan kek)


Bahan E dipukul sehingga kembang. Selepas kembang, masukkan F dan adunkan.Ketepikan.
Putar A hingga lembut. Tambah B dan kacau sehingga sebati
Campur C dan putar sehingga lembut dan tidak berbintil
Campur D dan adun hingga rata
Masukkan bahan E dan F yang telah dipukul terlebih dahulu, ke dalam adunan
Masukkan potongan strawberry ke dalam acuan. Gaul rata-rata (tak perlu pakai pemukul)
Tuang semua adunan ke atas base biskut tadi
Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 80 minit. Boleh cucuk kek untuk pastikan dah masak ke belum.
Setelah masak, bukakan pintu oven sedikit (jangan buka sepenuhnya) untuk haba keluar.
Keluarkan dari oven selepas 1-2 jam (atau rasa bawah bekas, kalau
dah suam-suam kuku, dah boleh bawa keluar).
Masuk dalam peti ais tapi pastikan dah wrap loyang.
Boleh hias kek dengan Strawberi


Tq ... selamat mencuba 

No comments:

Post a Comment