Sunday 14 September 2014

FONDANT ..OH..FONDANT




Banyak lagi yg kena belajar ttg fondant nie .. tq Syahir sbb berkongsi ilmu nie.. Elok gak customer tahu ttg fondant nie ..terutama nak pilihan jenis kek apa ..apa jenis frosting yg sesuai .. dan yg penting kek yg bersalut fondant x perlu simpan dlm fridge ..nanti fondant akan lembut ..


Jom layan perkongsian nie..



Perkara asas semasa membuat kek fondant


1. Bakar kek anda 2-3 hari sebelum nak guna.
2. Gunakan butter cake atau apa-apa kek yang mampat (Red Velvet, Chocolate Cake) dan elakkan menggunakan kek span.
3. Buat coating (lepa) sehari sebelum nak guna kek dan biarkan dalam chiller. Pastikan kemaskan dan lapisan paling nipis untuk menutupi kek.
4. Kalau buat fondant sendiri, letak dalam chiller sehari semalaman, kalau nak pakai baru defrost.
5. Pastikan ada kelengkapan yang mencukupi.
6. Kalau nak lapiskan fondant, pastikan kek dalam suhu bilik (siap dengan coating)
7. Gunakan icing sugar sebagai agent untuk tidak bagi fondant melekat dengan permukaan tempat menguli.
8. Kalau gunakan ready made punya fondant, uli dahulu. Jangan uli terlalu lama, uli sekejap sahaja.
10. Kalau dah siap semua biarkan didalam suhu bilik, jangan sesekali letak dalam freezer.
11. Buttercream disyorkan untuk digunakan sebagai frosting dan coating. Elakkan menggunakan fresh cream atau cream cheese sebagai coating.
12. Fahami teknik fondant membalut kek.
13. Kalau ada fondant yang tidak digunakan, wrap dengan plastic wrap.
14. Ada 2 jenis bahan,

A : kenali apa itu fondant - fondant selalunya orang cover cake dan orang baut modelling (figure yang kecik-kecik) dengan tambahkan cmc.

Apa itu cmc? Cmc ni bahan untuk keraskan fondant.

B : kenali apa itu gumpaste - gumpaste selalunya orang akan buat bunga dan figure jugak. Tidak perlu tambah cmc.

No comments:

Post a Comment