Tuesday 8 July 2014

CHOCOLATE CHIPS COOKIES



Biskut yang sentiasa digemari anak2 .. cara buat pun simple je .. kalau kat rumah nie mmg x sempat nak raya dah habis ..apapun kita buat utk anak2 makan ..habs pun lega ler sbb mmg sedapkan .. dari beli cookies kat pasaraya tu .. 

Jom kita cuba ..

Sumber dari rakan fb ..tq


BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS 


Bahan-bahan :



280 gm  (2 1/4 cawan) tepung gandum

10   gm  (3 tsp) serbuk koko

2     Tbsp tepung jagung

1/2  tsp soda bikarbonate

2    Tbsp susu tepung

Secubit garam


250  gm mentega / butter

150  gm gula kastor

1/2   tsp asen vanilla

1      biji kuning telur

100  gm (1/2 cawan) coklat chip

100  gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional


Cara-cara :




1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang

.2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.

3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.

4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.

5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan           menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. 

   JARAKKAN  ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG     

6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.    Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.










No comments:

Post a Comment