Monday 7 July 2014

BISKUT SEMPERIT COKLAT


BISKUT SEMPERIT COKLAT 



Dah hari ke 8 puasa mula le cari resepi kuih raya ..walaupun mmg le tak cadang nak buat sendiri .. bkn malas yer.. x sempat sibuk dgn Roti John ..masuk tahun nie dah 8 tahun buat bisnes  Roti John utk bln Ramadhan .. Allhamdulillah sambutan mmg menggalakkan .. tu le tak sempat nak buat kuih raya .. cari resepi  dan mujur lah adik2ku sgt ler rajin nyer buat kuih tiap2 thn ..tq  Apapun layan dulu resepi2 yg simple nie ..sumber dr rakan fb


Bahan - bahan :


240  g mentega
3      sb  serbuk koko
120  g gula kastor
2      biji kuning telur
150 g tepung jagung
80   g tepung kastard
230 g tepung gandum

cip coklat - hiasan

Cara - cara :

1. Pukul mentega dan gula hingga sebati .
2. Masukkan kuning telur dan pukul sebati
3 .Masukkan tepung gandum, tepung jagung ,tepung kastard dan serbuk koko yang telah diayak.       4.  Uli hingga menjadi doh lembut.
5. Glis dulang . Masukkan doh dlm acuan bunga dahlia ..atau piping bag .
6 . Picit doh di atas dulang.
     Hiaskan dengan taburan coklat cip di atasnya. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius        selama 15-20 min.






Photo: ok ni resepi semperit chocolate yg meletopp tu ye..sgt2 lah mudah nak buat cookies ni..buat tau utk raya ni..jgn lupa share dgn rakan2 kita yg lain.. :)

Bahan-bahan

240 g mentega
3 sudu besar serbuk koko
120 g gula halus
2 biji kuning telur
150 g tepung jagung 
80 g tepung kastard
230 g tepung gandum

Hiasan

cip coklat secukupnya

Cara Memasak

Pukul mentega dan gula hingga sebati
Masukkan kuning telur dan pukul sebati lagi
Selepas itu masukkan tepung gandum, tepung jagung ,tepung kastard yang telah diayak serta serbuk koko. Uli hingga menjadi doh lembut.
Sapu dulang dengan mentega. masukkan doh dalam acuan bunga dahlia atau bergerigi. Picit doh di atas dulang.
Hiaskan dengan  taburan coklat cip di atasnya. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 15-20 min.

No comments:

Post a Comment